Malaysia Sumbarlivetv – Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, malam ini.

Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di beberapa platform media sosial.

Turut dikongsi netizen perkembangan semasa suasana dipercayai di Stesen LRT KLCC, dengan pasukan polis dan medik dilihat membantu penumpang-penumpang yang tercedera.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga :  Panen Hadiah Simpedes, Bank BRI Padang Panjang Bagi Bagi Hadiah ke Nasabahnya

BERNAMA

Tinggalkan Balasan