SILA SIMPAN DAN JEMUR KULIT BUAH MANGGIS YANG ANDA MAKAN.
jika anda tidak memerlukan sedekah pada yang memerlukan. Itulah salah satu cara mencari pahala .
Bila masuk musim buah manggis,
Kalau jumpa terus beli….kalau mampu makan setiap hari.
Kulitnya dijemur dan simpan ada manfaatnya.
Setahun hanya sekali saja ada manggis.
Kalau anda tahu kebaikan buah manggis mesti anda akan jadi penunggu’ pokok manggis…
🍃Tahukah anda manggis mempunyai banyak khasiat terutama di bahagian kulitnya?
Petua kulit manggis adalah seperti berikut. Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam kapsul. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan.
CIRIT BIRIT
🍃Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati CIRIT BIRIT Caranya ialah kulitnya diasah pada pasu
dan airnya diminum.
Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
DARAH TINGGI
🍃Mengurangi tekanan darah tinggi, hypertension atau tekanan darah tinggi juga terjadi kerana adanya gangguan pada pembuluh darah, dan risiko terhadap penyakit jantung dan stroke.
Ambil beberapa pucuk daun manggis. Rebus sehingga air bertukar menjadi kekuningan . Biarkan air suam sedikit. Selawat tiga kali, minum 1/2 gelas waktu pagi, 1/2 gelas waktu petang
KENCING MANIS
🍃Daun manggis terbaik bagi penyakit kencing manis.
Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau.(rasapun macam air teh).
Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
BERAK BERDARAH
🍃Ambil segenggan kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama 5 cawan air hingga tinggal 1 cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
ULSER MULUT
🍃Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.
LUKA GIGITAN SERANGGA
🍃Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
BUASIR
🍃Keringkan kulit buah delima + kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
MEMUTIHKN GIGI
🍃Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
LANCAR HAID
🍃Air rebusan akar manggis digunakan untuk
melancarkan haid.
GOUT
🍃Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya ambil buah manggis Kupas, isi dia enak di makan , ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering.Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
MENURUNKAN BERAT BADAN
🍃Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.
MENGECUTKN CYST
🍃Rebus kulit manggis minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.
Selamat mencuba,
Insya Allah Ameeenn.
#Zlani L’bani